Monday, June 11, 2012

Kenapa Susah Tidur Malam?


Assalamualaikum dan salam untuk semua. Semoga dalam keadaan baik, sihat dan ceria. Dan jangan lupa untuk senyum, senyum dan senyum selalu. ^__________^


Tidur. Bercakap tentang tidur, tidur ini merupakan satu keperluan dalam hidup kita. Dan bagi umat Islam, tidur juga dikira sebagai ibadah. Woah..bestnye jadi umat Islam ini. Tidur yang mungkin ada di kalangan kita menganggapnya remeh pun Islam anggap sebagai ibadah. Tidur pun dapat pahala? Bestnyeee!

Beruntunglah insan-insan yang tidak mempunyai masalah untuk tidur malam. Dulu2, masa sy bekerja, xpayah susah-susah. Jam tunjuk pukul 10 sahaja, mata dah mula layu. Masuk bilik, landing atas katil, baca doa tidur + doa pelindung diri dan tak sampai seminit dah tak sedar diri dah. Memang sangat mudah nak tidur! Tapi sejak akhir-akhir ini, masalah susah tidur malam datang lagi. =(

Sy cuba menjadikan diri sy sebagai bahan eksperimen dalam masalah ini. Dan sy dapati, ada beberapa faktor yang menyebabkan sy susah nak tidur. Antara faktor-faktornya:-

  • Banyak sangat berfikir dan risaukan perkara-perkara yang mungkin berlaku keesokkan hari
  • Seharian xbuat kerja yang berat, mengakibatkan malam dirasakan masih muda dan mata susah nak tidur
  • Tengok tv sampai xsedar hari dah lewat malam
  • Baca buku sampai xperasan dah pukul 3 pagi (ini bagi orang yg minat membaca sahaja)
  • 'Ter'minum kopi sebelum tidur

Ini antara faktor2 yg menyebabkan seseorang sukar tidur. Banyak lagi sebenarnya. Tapi sy percaya point yg pertama banyak mempengaruhi kesukaran sy untuk tidur. Berfikir tentang masa depan, berfikir tentang kerjaya, berfikir tentang kewangan, berfikir tentang keluarga..bla bla bla bla....fikir fikir dan FIKIR!

Bagi saya, sangatlah xsesuai berfikir tentang masa depan sebelum tidur. Kerana masa depan adalah sesuatu yang tidak boleh kita jangka. Kita boleh merancang, tapi bukan kita penentunya. So, kenapa kita perlu serabutkan diri memikirkan perkara2 yg bukan di dalam kuasa kita? Tapi, janganlah pulak kita hidup seperti lalang yg tiada matlamat. Dan jangan pula menjadikan ayat 'follow the flow' sebagai prinsip hidup kita. Kita perlu berfikir tentang masa depan. Tapi jangan terlalu membebankan fikiran dengan masa depan kerana semuanya di tangan tuhan. Carilah masa yang sesuai untuk memikirkan masa depan agar masa tidur kita tidak terganggu. =)

Setelah membuat sedikit kajian dan mendengar sedikit info dari segmen Bella di ntv7, sy ingin kongsikan beberapa tips yang boleh membuatkan kita senang untuk tidur.

  • Minum teh hijau sebelum tidur
  • Baca buku yang boleh menyebabkan anda mengantuk
  • Kosongkan fikiran sebelum anda tidur
  • Mandi dengan air suam
  • Jangan makan makanan yg berat sebelum tidur
  • Jangan sesekali bawak lappy kat atas katil. Nanti mulelah xleh tidur pastu update kat twitter dan fb bagai. Confirm2 x boleh tidur dah sebab nanti ada sahaja yang reply dan mata tu sibuk nak click tanda merah kat notification tu. Confirm tidur lambat!
  • Jangan bersukan sebelum tidur
  • Letak pewangi (macam aroma therapy gitu spt bau2 bunga) dalam bilik tidur
  • Pakai bantal yang sesuai
  • Pasang lagu sentimental yang boleh menyebabkan anda tertidur dengan aman

Sy blogwalking dan terjumpe seorang blogger ni yg menyarankan supaya dengar bunyi air hujan bagi senang tidur. Yelah time2 hujan kan seronok jika dapat tidur kan? So mungkin boleh cuba kot tips ni. Boleh la download bunyi hujan ni http://www.rainymood.com/ dan pepandai la adjust volume dia bagi molek di pendengaran telinga anda.

p/s: 1 je tabiat sy yg susah nak ubah ialah dengar lagu di hp sampailah tertidur...oh ini sangat xbaik untuk kesihatan telinga dan mungkin lambat laut boleh merosakkan earphone sebab bangun2 tidur je wayar dah berbelit2 bagai..dan sel kering hp pun cepat habis..tssssssk T_T..mungkin ada di kalangan anda yg boleh bagi tips cane nak buang tabiat ini.

Reactions:

19 kotak pendapat:

kalo masalah senang sangat tido, camne plak....asal jumpa bantal aje...mesti trus ilang dari dunia luar dan masuk dunia mimpi...camne?? hehe

k.dayah,if cmtu akk kne bg sy sikit rasa ngntuk akk tu..=P

Sebab dah suka sangat bawa earphone ke kamar, apa kata beli set subwoofer...
Pasal kat mp3 player pastue dengar sampai ke pagi...
Insya Allah, tak akan ada masalah wayar terbelit di tubuh dan bateri telefon bimbit kontang...

Waaa...
Memang betul...
Punca pertama tue memang sentiasa buat kita mengelamun panjang...
Sedar-sedar pukul 4 pagi...
Habis 3, 4 jam atas katil dibazirkan macam tue aje...

@a.fahmi: subwoofer tu ape?berangan sebelum tidur tu memang kebiasaan dah..hehe..tp xdela smpai 3 4 pagi..

Subwoofer tue 1 set speaker yang mempunyai sistem audio bass dan treble...
Boleh cari kat internet apa tue subwoofer...

Alhamduillah sebab Fiza tak pernah merasa sampai ke pagi termenung di atas katil...

Agree...terlampau memikirkan masa depan sgtlah merunsingkan, especially y dunia, sangatlah menyesakkan nafas....i learn to face the present more than i do thinking over the past and future.nice post

@auni izzati: fikir hal dunia memang smpai bila pun akan rasa xcukup..huhu..fikir hal akhirat insyaAllah hal dunia pun bole cover skali..^^

memang kalau baca buku tu xkan sedar masa berlalu..tengok2 dh pkol 2/3 pgi..tpi kalau baca dlm posisi duduk je la..kalau baca buku sambil baring sekejap je dah terlelap...

mcm mana nak hilangkan sikap suka dengar zikir guna earfone 2 mungkin boleh tukar dgn baca ja zikir dgn mulut..in sya Allah berhasil...

saya pon mengalami masalah susah tidur malam juga :)

trima kasih atas ilmu diberikan... sy akn cuba resepi yng telh diberikan.. sebb sy susah sngt nak tdo.. letak kepala atas bntal pukul 10 - 12pm.. 3 or 4 jam lepas 2 bru ble tdo..

em,sye jgk ssh nk tdo mlm...mgkn sbb dh biase.mgkn kne cbe jgk pndpt yg diberi...em,ble dh terbaring kt bntl 2,zikir igt kt ALLAH.insyaALLAH terlelap...hehe @_@

ahasida: mslh susah tido ni kdg2 xboleh nk dilayan sgt..kdg2 kene pkse diri tido..zikir tu salah 1 cara yg terbaik bg cpt tido..=)

Tq for sharing! Sejak akhir2 ni ssh sgt nk tidur. Lepas ni boleh la try tips2 yang diberikan. :)

Kalau susah sgt, cara nak tidur plg snag mcm nie.. Minum ubat batuk yg buat mngantok ( jgn overdose), buat tok 3-5 hari.. Pastu stop.. Sbb antara tips nak tidur awal adalah kebiasaan kita buat.. Kalau da biasa sgt tido kul 11, mata kita akn automatik ngantok kul 11 n pls jgn tahan masa untuk tido, jgn pksa mata tok bukak, just sleep..

klau mcm ak nie malam bjage..siang tido..klau pkul 7pg ak tdo 7mlm ak bgun 2 normal ka?mcm mne nk buat ad suggest x?dh berbulan2 mcm nie sma ja..klau ad tips best bg la..

betul2....semenjak naik pangkat kena jadi boss sy tidur mlm tak lena sbb memikirkan byk kerja kat opis yg nak kena buat......sedih tau ..dulu sy boleh tido lena sesangat........mcm ne ek?

aku pon xtau ape masalah susa sangat nak tdo...walaupun mata ngatok...maybe sebab aku da terbiasa tido time pagi kot...skang nie pown aq x boleh nak tdo walaupon da pkol 9pg...xtau la kenape..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Maaf jika anda rasa tidak selesa dgn comment saya di sini..
Nak rasa tido malam yg berkualiti? penggunaan pelapik tilam BVSM yg istiqomah insya Allah dapat membantu bg mendapatkan tido yang lena.. saya sendiri telah menggunakannya...kalu berminat bley emel saya kindnesslysummer@gmail.com utk info lanjut.

Tima kasih...

mantap artikelnya, baca ini juga masih berhubungan dengan kulit http://jendelasehatq.blogspot.com/2014/02/menghilangakn-panu-secara-alami.html

terima kasih di atas tips yang diberikan :)

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More