Hidup

Apa yang lepas biarkan berlalu. Pandanglah ke hadapan dengan penuh harapan.

Ilmu

Hanya dengan ilmu kita mampu menghargai diri sendiri.

Sunday, April 26, 2015

Don't give up!

at this time
at this moment
i'm struggling enough

my head is so messy
buat ini xkena buat itu xkena
pretend to be ok but i know it is not ok
i'm not eating like always
makan bile rasa lapar
xlapar xmakan

now i know ape rasenye erti "tersepit"
jage hati di sini, hati di sana terase
jage hati di sana, hati sendiri merana
i'm a human
have my own feeling

maybe u will read it 1 day
but i hope at that time i will be more mature than what i am today

'utamakan Allah, insyaAllah Allah akan mudahkan urusan kita'
ok enough mengadu kat sini
nak mengadu kat Allah pulak

adios~

Wednesday, September 24, 2014

Back to school!

Assalamualaikum semua.
Rindu saya tak? Please mengaku rindu. Haha
Hampir 5 bulan tinggalkan blog tanpa berita.
Dan dalam tempoh itu ada cerita sedih dan gembira yg terjadi dalam hidup saya.
Tetapi itulah kehidupan kan?
Ada ketika kita di atas dan ada ketika kita di bawah.

Taraaaa~~~


Comel tak kak ton?hehe.
Alhamdulillah, akhirnya impian nak sambung belajar Allah kabulkan.
Syukur sangat2. 
Waktu tahu dapat sambung belajar ni, seharian saya senyum tauuuuu ^_______^

Masuk minggu ni dah 2 minggu saya bergelar pelajar semula.
Kekok pun ada jugak.
Tapi sangat excited!
Mana tak nya hampir 2 tahun saya pendam niat ni.
Tapi baru sekarang Allah izinkan.
So JUJUR, saya sangat teruja. :)
Moga diri ini tidak menjadi bongkak walaupun bakal genggam skrol master pulak lepas ni.

Bukan certificate yg diinginkan, cuma hanya ingin mengejar impian. 
Moga perjalanan ini Allah redha.
Amin.

Sunday, April 13, 2014

Allah lebih menyayangi dirimu dan keluargamu

Assalamualaikum dan salam sayang untuk semua pembaca blog ini.
Hampir 3 bulan jari jemari tidak mencoret sesuatu di sini.
Hari ini hati ini terasa terpanggil untuk menulis.

Pagi semalam selepas solat subuh, diri ini dikejutkan dengan suatu berita.
Berita yang amat menyentak jiwa saya.
Berita yang amat memeranjatkan hati saya.
Berita yang amat tidak boleh di 'absorb' oleh fikiran saya.

Part of conversation with my friend:
M: Saeed dah tinggalkan kita..huhu
Saya: ????? Maksud awak?
M: Saeed dah kembali ke rahmatullah, kemalangan kat Bentong...
Saya: Allahuakbar..inna lillahi wainna ilaihi rajiun..Allah :( :( :(

Brother Hj Saeed adalah kenalan saya di UTM Skudai dahulu telah terlibat dalam kemalangan.
Dah telah meninggal dunia.
Allah.
Tiada kata2 yang mampu diucapkan.
Dan sepanjang semalam saya terbayang2 kebaikan beliau sepanjang perkenalan kami.

Seingat saya kami berkenalan dalam 1 program universiti iaitu International Students Leaders Conference pada tahun 2010. Sewaktu itu saya bergiat aktif dalam majlis perwakilan pelajar (MPP). Dan Brother Hj Saeed adalah presiden international student pada ketika itu. Maka di situlah saya berkenalan dengan beliau. 
Saya masih teringat pada suatu hari bulan puasa, kami (MPP) ada mengadakan sesi ceramah dan berbuka puasa bersama2. Brother Hj Saeed inilah yang bagi ceramah ketika itu. Dan selepas ceramah ada sedikit masa lagi sebelum berbuka puasa. Dan Brother Hj Saeed telah offerkan diri nak menge'check' bacaan al-fatihah setiap dari kami. Beliau memang merupakan seorang al-hafiz. Maka memang selayaknya beliau menyemak bacaan al-fatihah kami kerana menurut beliau bacaan al-fatihah sangat penting. Jika bacaan al-fatihah tidak betul maka solat kita menjadi sia2 dan tidak diterima Allah.

Cukuplah kenangan2 ini sahaja yang mampu saya ceritakan di sini.
Sungguh, pemergian beliau sangat terkesan di hati ini.
Saya kira beliau adalah insan yang selayaknya diibaratkan seperti arwah Ahmad Ammar.
Seorang kenalan yang sangat baik, muslim yang sangat baik. Ke mana2 sahaja beliau pergi beliau sangat peramah dan tidak lokek dengan senyuman. 


Hanya bacaan yaasin yang mampu kukirimkan..

"Maha suci Allah, Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap2 sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan" (Surah Yaasin, 83)

Semoga Allah menempatkan beliau, isteri beliau serta anak yang masih dalam kandungan di syurga.
Amin ya rabbal alamin.

P/s: Hati rase something setiap kali baca berita INI

Sunday, January 19, 2014

Kisah seorang ustaz

Assalamualaikum semua..
Bila mendengar orang bercerita tentang pengalaman perkahwinan mereka, hati saya pasti teruja.
Lagi2 jika cerita mereka yang suwit muwit tu.
Rasa macam bahagia je bila dah ada pasangan sendiri ni. :)
Jadi, hari ini saya nak kongsikan 1 cerita seorang ustaz dengan isteri beliau.
Walaupun xbanyak cerita yang ustaz tu kongsikan, namun cukup untuk buat hati saya ini tersentuh.

Semalam saya berkesempatan pergi dengar ceramah, sedang berceramah, ustaz tu terselitkan sekali kisah hidup bersama isteri beliau.
Alkisahnya ustaz ini dipinang oleh isterinya sendiri.
Terus saya teringat tentang Siti Khadijah, iaitu isteri pertama Nabi Muhammad s.a.w. yang turut sama menghantar wakil bagi meminang Rasulullah s.a.w. bagi dirinya sendiri.
Bagi saya perbuatan ini sungguh mulia.
Dan bagi saya tinggi sungguh akhlak perempuan yang pergi meminang dan akhlak lelaki yang dipinang itu juga pasti tinggi.
Jika tidak tinggi, masakan pulak wanita muslimah ini gigih berusaha untuk pergi meminangnya sendiri, kan?

Tetapi, hayat isteri ustaz ini tidak panjang. Bulan 11 yang lalu, isterinya telah kembali ke rahmatullah.
Pada pagi jumaat, isterinya pergi menghadap Ilahi.
Menurut ustaz itu, mudah sahaja ruh isterinya itu dicabut.
Pasti kerana amalan solat sunat dhuha yang isterinya tidak pernah miss disamping amalan2nya yang lain.
Dan yang paling indah isterinya itu meninggal dunia di atas pangkuan suaminya yang tercinta.
Indah, sungguh indah perbuatan ini. :)

Ketika isterinya ini masih hidup, pernah dia memberi 'greenlight' pada ustaz ini untuk berkahwin lebih dari 1 kerana kondisi dirinya yang tidak begitu sihat.
Tapi ustaz tidak berbuat demikian.
Malah ustaz turut berkata "hati saya hanya 1 dan setia pada yang 1..insyaallah kita akan bertemu di pintu syurga"
Indah bukan? Indah sangat. :)

Perkahwinan ustaz ini bertahan selama 36 tahun..wauuuu..
Pasti banyak susah dan senang yang sudah dialami oleh ustaz dan isterinya ini.
Dikala isterinya sudah pun bagi lampu hijau untuk bernikah lagi, tapi ustaz ini tetap masih mengekalkan rasa cintanya hanya buat isterinya yang tercinta.
Saya memang tabik spring kat ustaz ini.
Power lah ustaz!


Saya kira ustaz ini mungkin takkan berkahwin lagi. Saya doakan moga ustaz ini akan dipertemukan dengan isterinya di syurga kelak. Moga saya turut sama mampu menjadi isteri yang solehah seperti isteri ustaz ini. Dan pasangan saya juga mempunyai peribadi dan akhlak yang baik seperti ustaz ini. Amin ya rabbal alamin.

P/s: Baikkan diri kita, insyaallah insan yang baik juga akan Allah hadirkan dalam hidup kita.

Saturday, January 18, 2014

Rezeki sorang-sorang

Assalamualaikum...
Rata2 yang kenal saya semua dah tahu yang bestfren saya dah kahwin..
Masa dia kahwin dulu, memang rasa awkward sangat..
Saya rasa macam ade orang yang dah rampas satu2nya sahabat baik saya..
Xde lagi si dia untuk dengar kesedihan or kegembiraan saya..
Xde lagi si dia untuk nasihatkan saya..
Xde lagi si dia untuk diajak ber'dating'..
Sejujurnya saya memang terasa kehilangan dia..

Tapi, inilah lumrah kehidupan.
Setiap insan di muka bumi ini dijadikan berpasangan.
Saya sepatutnya menjadi insan yang paling gembira untuk dia.
Kerana dia telah pun bertemu dengan cinta hatinya.
Kerana dia telah pun sempurnakan separuh dari agamanya.

Pic ni masa dia bertunang..time ni rase mcm xleh trime dah si dia nak kahwin..


Pic2 ni masa walimah dia. Dia so gojes macam barbie doll!!!haha

Time flies so fast.. tak sangka persahabatan kami hampir mencecah 12 tahun.
Sepanjang persahabatan ini, ada je gado2 sket.
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak sahabat baik kan?
Tapi alhamdulillah, persahabatan ini masih tetap utuh.
Semoga persahabatan ini dalam lindunganNya.
Semoga persahabatan ini mampu bertahan hingga ke syurga.

To my sahabat dunia akhirat, "uhibukki fillah ketat2..semoga perkahwinan yang dibina kekal hingga ke syurga..semoga tabah menghadapi kehidupan sebagai suami isteri..semoga jadi isteri yang solehah dan menantu yang disayangi..semoga dapat 'bakal menantu' saya cecepat..berangan nak berbesan dengan awak ni..hehehehe"

P/s: Semalam jumpa sorang lagi sahabat. Dia pun ada kisah gembira. Lepas sorang, sorang lagi nak kahwin. Tahun ni tahun kahwin beramai2 agaknya. F.I.N.E!

Tuesday, January 14, 2014

Selamat hari lahir, hafiza!

Assalamualaikum..
Tak nak tulis panjang2..
Just nak share isi hati kat bawah ni je..


P/s: Walaupun xpernah bersua muka, namun hati ini tetap merinduimu..sangat amat R.I.N.D.U.

Thursday, December 12, 2013

Nak ni


12.12.13.

Ada sebulan lagi.

Nak ni boleh?


Berangan.

Ntah sape ntah nak bagi.

Wednesday, December 11, 2013

Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Bismillahirrahmanirrahim...

Dari jauh kuberlari
Mengejar mimpi-mimpi
Berat rasanya kudapatkan semua
Dari situ kusedari
Mungkinkah saat nanti 
Cinta kita berdua
Bisa kumiliki

Inilah penangan cerita baru di astro channel 134, Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC).
Lakonan Sharnaaz Ahmad yang sangat bersahaja dalam cerita ini membuatkan saya terlupa betapa bencinya saya kepada dia dalam cerita Juvana.
Dalam Juvana rasa nak tumbuk2 je muke dia yang berlakon sebagai Lan Todak yang botak tu..huhu
Tapi dalam BKATC, rasa okay la tengok dia berlakon. Cool je. ^_^

Makanya setiap hari Isnin sampai Rabu lepas ni, kene berjaga sampai pukul 10.30 malam.
Semata-mata nak tengok watak Jebat.
Gituuuuu..

Tapi, rasa macam lambat sangat nak tunggu cerita ni kat astro.
Rasa macam nak beli je novel dia kat kedai.
Tapi tapi tapi...
Bulan ni dah terbang dah duit sebab beli 3 novel.
Makanya, bajet duit untuk buku bulan ni dah abis.
Kene tunggu bajet bulan depan pulak ke?
Ke nak puasa semata2 nak beli novel yg berharga rm24 ni?


Perasaan tak sabar nak tahu apa yang berlaku dalam masa silam Jebat sampai dia berhijrah ke arah yang baik dan menuntut ilmu agama buat diri ni tak tertahan nak beli novel dia.
Puasa..xpuasa..puasa..xpuasa..puasa??

P/s: Everyone has a skeleton in their closet (xingat mana ntah dapat ayat ni), right?

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More